Peralatan Elektrik Rumah Anda Rosak? Jangan Risau! Biar Kami Bantu Baiki!

Kami menyediakan perkhidmatan pembaikan peralatan elektrik rumah seperti mesin basuh, peti sejuk, mesin dryer, televisyen, oven serta microwave, seterika wap jenama Philips, dan lain-lain.

Tentang Kami

Kami Adalah Pakar Dalam Pembaikan Peralatan Elektrik Rumah & Juga Perniagaan

TV rumah anda tiada gambar? Seterika wap tidak panas? Oven anda rosak? Mesin basuh atau peti sejuk anda tidak berfungsi? Jangan risau! Kami di Shaqeel Technologies sedia membantu menyelesaikan masalah peralatan elektrik anda dengan servis yang cepat, berkualiti, dan pada harga yang berpatutan.

Kenapa Pilih Repair dengan Kami:

Pelanggan Berpuashati
0 +
Tahun Pengalaman Industri
+

Servis Kami

Apa Yang Kami Boleh Bantu Repair?

Kami sangat faham betapa pentingnya untuk peralatan elektrik anda berfungsi dengan baik demi rutin harian anda. Kami boleh memberikan anda penyelesaian tanpa perlu anda berfikir untuk ganti atau beli baru!

Jangan Tunggu Peralatan Anda Jadi Lebih Rosak! Jom Repair Segera dengan Kami!

Jangan biarkan peralatan anda yang rosak menjejaskan rutin harian anda atau operasi perniagaan anda. Hubungi kami segera untuk kami bantu membaikinya tanpa anda perlu beli yang baru!

Antara Brand Peralatan Elektrik yang Kami Repair

Galeri Repair

Sebahagian Dari Galeri Kerja Repair Peralatan Elektrik Pelanggan

Kami percaya bahawa visual adalah bukti terbaik untuk kami memaparkan hasil sebenar kerja kami, yang dilakukan oleh kepakaran juruteknik mahir kami.

Testimoni Pelanggan

Apa Kata Pelanggan Yang Pernah Berurusan dengan Kami?

Muhammad Azan
Muhammad Azan
Dipanggil guruh petir yg tiba.. Begitu lah perumpamaan utk shaqeel technologies.. panggil utk repair mesin basuh dan petii ais.. tapi service nya sampai mencuci dalaman sekali.. ini baru betul repair dan service.. lain bila org buat kerja dgn ikhlas hati.. terbaik buat shaqeel tech.. dtg awal 15minit dari masa perjanjian.. syukur alhamdulillah.. moga terus maju perniaga org kita.. aminn..
Zulaiha Zulkifli
Zulaiha Zulkifli
Khidmat nasihat yang baik dan mudah untuk difahami sebelum kerja kerja pembaikan dilakukan. Barang dikembalikan selepas dibaiki juga sangat memuaskan. Lega..jimat, tak perlu beli yang baru. Terima kasih Shaqeel Tech! Recommended 👍👍👍
Faiz Kamaruzaman
Faiz Kamaruzaman
Aku rekemen pomen ni. Ni bukan pomen kereta. Ni pomen peti ais, tv, mesin basuh dan yang seangkatan dengannya. Ramah. Servis tip top. Korang kalau ada masalah barang letrik. aku nasihat repair je dgn abang ni. Confirm tak menyesal. Aku bg rating 1000/100.. Jom support guy
Navien Raqjendren
Navien Raqjendren
Mr Wan, awesome electrician. He repaired my microwave within a day and is very responsive. The services charge is affordable. Trusted and recommended!
Kapten Azan Iskandar
Kapten Azan Iskandar
Dah banyak kali minta tolong company ni dalam kerja-kerja elektrik. Mesin basuh saya yang buruk pun berfungsi seperti yang baru lepas saya panggil mereka. Hasil kerja repair mesin basuh diorang memang memuaskan. Kalau orang tanya saya, memang saya akan suggest diorang ni. Shaqeel Tech mantap!
Encik Ady Wong
Encik Ady Wong
Saya sangat kagum dengan kepakaran dan perkhidmatan pelanggan mereka. Kakitangan mereka bukan sahaja mesra tetapi juga berpengalaman dalam bidang elektrik dan elektonik. Harganya berpatutan dan adil, harga dikemukakan dan dibincang sebelum mula kerja. Saya sangat-sangat mengesyorkan syarikat ini!
Puan Shabab
Puan Shabab
One day when I called them, they set an appointment with me at 3pm but they arrived earlier then what we've set. I am the one who are very particular with time. About the price, they quote to us based on what they checked and still they suggested to me that there was a solution to make the repairs more cheaper. I really recommend this team as they not only give the best result, but their hospitality are also great.
Jumlah Repair dibuat Sejak 2004
Lebih 0 +

Proses Kerja Repair

Bagaimana Aliran Proses Kerja Repair Kami?

Tuan-puan boleh ikuti 4 langkah mudah dibawah untuk kami bantu repair kan kerosakan peralatan elektrik rumah atau premis niaga anda.

Anda Hubungi Kami Untuk Konsultasi

Anda akan menerangkan masalah yang dihadapi pada peralatan anda melalui Whatsapp atau call dengan menghantar gambar atau merakam video.
LANGKAH 1

Pemeriksaan dan Diagnosis Peralatan

Kami datang terus ke tempat anda untuk memeriksa peralatan anda. Inspection fee yang rendah akan dikenakan jika pelanggan tidak bercadang membaiki.
LANGKAH 2

Cadangan Repair dan Sebut Harga

Kami akan memberikan maklumat awal tentang masalah yang mungkin berlaku serta anggaran kos pembaikan. Tiada kerja akan dilakukan tanpa persetujuan pelanggan.
LANGKAH 3

Kerja Repair dan Pengujian Akhir

Kami akan menjalankan pembaikan dengan alat dan kaedah yang terbaik. Semua peralatan akan diuji sepenuhnya untuk memastikan ia berfungsi seperti sediakala.
LANGKAH 4

Jadi Apa Tunggu Lagi? Hubungi Kami Segera Untuk Kami Bantu Baiki Kerosakan Peralatan Anda!

Atau Boleh Walk-In Terus ke Kedai Repair Kami

*P/S: Sesuai untuk kerosakan peralatan elektrik yang bersaiz kecil